Sharing is caring

Assalamu'alaikum salam Ramadan Al-Mubarak.. .

Sharing is caring
 
01. Bersyukurlah sikit apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan ;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang ;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan ;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman ;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu ;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyak zikir dan do'a kepada Allah;
27.. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan ;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33.. Berlatihlah untuk banyak berfikir ;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin ;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan ;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyakkan silaturrahim;
46.. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering berselawat kepada nabi ;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang ;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;
61.. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan .
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita ;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai kejayaan dan pemberian orang ;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kemamapuan diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan ;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang. 

AIR SEMBAHYANG "

1. Ketika berkumurberniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". 

Penjelasan nombor 1 :
 Kita hari-hari bercakap 
benda-benda yang tak berfaedah. 

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat 
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

Penjelasan nombor 2 :
 Ahli syurga mukanya putih 
berseri-seri. 

3. Ketika membasuh tangan kananberniatlah
kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab 
ku ditangan kanan ku ini".

Penjelasan nombor 3 :
 Ahli syurga diberikan hisab-
hisabnya di tangan kanan . 

4. Ketika membasuh tangan kiriberniatlah kamu 
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan nombor 4 :
 Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri . 

5. Ketika membasuh kepalaberniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

Penjelasan nombor 5 :
 Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala. 

6. Ketika membasuh telingaberniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

Penjelasan nombor 6 :
 Hari-hari mendengar orang 
mengumpat, memfitnah dll. 

7. Ketika membasuh kaki kananberniatlah kamu 
dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan nombor 7 :
 Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali.. 

8. Ketika membasuh kaki kiriberniatlah kamu 
dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- 
tempat maksiat"

Penjelasan nombor 8 :
 Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat 
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri


Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam? 

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?


Bersyukurlah dan bertaubat selalu..

AMIN>>>>

DOA PERMUDAHKAN JODOH

Marilah kita sama2 usaha yg terbaik

Sesungguhnya urusan jodoh adalah ketetapan ALLAH. Kita hamba Nya yang lemah ini tidak ada daya upaya langsung untuk menetapkan jodoh kita melainkan semuanya dalam ketentuan Allah SWT. Namun, apa yang boleh kita buat ialah merayu dan memohon pertolongan ALLAH SWT supaya mempertemukan jodoh kita sebaik mungkin.

Berikut ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam proses mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.

1.     Membaca surah Yaasin setiap malam  sebab dalam satu hadis nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. InsyaAllah mustajab.

2.    Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali , niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadis, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.

3.    Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.

4.    Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu , dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. InsyaAllah

5.    Bangun tengah malam sembahyang tahajjud , kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaAllah.

6.    Solat hajat 2 rakaat  –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaAllah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)

7.    Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah , untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah.

Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:

1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya


8.    Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.

9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat , kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;
Pembuka:
Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.

Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…
Penutup:
Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.

10.Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah  atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.

11. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram , subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.
Insyaalllah jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah swt maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.

Semoga Allah swt memberi anda jodoh yang terbaik.
Selamat berusaha!

Dari Ustaz Hj. Ismail Kamus..

Untuk Pengetahuan Kita Bersama....

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya 
Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu
ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong... . ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu . Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan
tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam.. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca
surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang
yang di rasuk.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati...


AMIN

Kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin

Ikatan perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama.

Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumahtangga cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama.

Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.

Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang

Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.

Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan

Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan

Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.

Apa yang perlu dilakukan: Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.

Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks

Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60% pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.

Apa yang perlu dilakukan: Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun ada berasa tidak berminat. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya.

Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.

Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa

Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.

Apa perlu dilakukan : Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik

Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil

Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada.

Apa yang perlu dibuat : Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik.

Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya - anak

Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.

Apa yang perlu dilakukan: Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.

Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses.

63 petua bahagia Dr Fadzilah Kamsah

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Redha, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Semoga kita mendapat rahmat dan kebahagiaan..

Amin

Ayat Ringkas Menghilangkan Sakit @ Pening Kepala

Ramai di antara kita sering sakit kepala ataupun pening kepala. Kekadang tu, kita sendiri pun kurang pasti apakah punca sebenarnya. Sekejap baik, lepas tu sakit balik. Mak ai.... Makin bertambahlah pening dibuatnya.

Buat pengetahuan anda, ada dua kategori sakit kepala iaitu;

1. Berpunca dari bahagian dalam kepala
2. Berpunca dari bahagian badan yang lain
Sakit kepala yang berpunca dari dalam kepala amat jarang berlaku. Kalau berlaku pun disebabkan oleh angin ahmar, edema otak dan tumor. Sekiranya ia terjadi pada anda, sila dapatkan rawatan segera ya.

Manakala bagi sakit kepala jenis kedua, selalunya disebabkan oleh ketegangan, migrain ataupun servikogenik.

Ringkasnya, sakit kepala akibat ketegangan lazimnya dialami secara kerap. Adakalanya ia ringan dan adakalanya juga agak sederhana kuat di kedua-dua belah kepala. Rasa macam ada sesuatu yang mencengkam di kepala.

Akibatnya, bahagian kepala akan tegang seolah-olah macam ada sesuatu melilit serta menekan sekeliling kepala dengan kuat. Aduhh... memang sakit.

Untuk migrain pula, pesakit biasanya pening kepala secara berkala. Rasa sakitnya agak kuat serta berdenyut-denyut. Tapi, biasanya ia hanya terasa pada sebelah bahagian kepala. Tak seperti sakit kepala yang berpunca daripada ketegangan.

Akibatnya, penghidapnya mula hilang selera makan, loya ataupun mengalami muntah-muntah.

Bagi pening kepala jenis servikogenik, ia berlaku akibat ketegangan yang melibatkan otot skeletal. Ermmm, ia boleh juga dikaitkan dengan migrain. Tapi ia agak sukar untuk didiagnosis.

Baiklah, walau apa jenis sakit kepala yang dialami, saya ingin kongsikan satu cara mudah yang mujarab bagi mengatasinya. Sila rujuk video di atas yang saya sertakan khas buat rakan-rakan yang beragama Islam.

Caranya;
- Letakkan tangan kanan pada bahagian kepala yang sakit
- Bacalah ayat 19 daripada Surah Al-Waqiah
Mudah-mudahan ia dapat mengatasi sakit kepala anda. Amin.

Khasiat Tambahan Daun Beluntas


Sebelum ini, anda telah pun didedahkan akan khasiat daun beluntas. Antaranya ia membantu menyegarkan bau nafas, menghilangkan bau badan serta baik untuk melegakan tekak.
Kini, saya mahu kongsi khasiat tambahan daun beluntas. Mana tahu, ia mungkin berguna untuk anda, kan?
Baiklah, khasiat tambahan yang saya maksudkan ialah ia boleh digunakan bagi menyembuhkan demam, luka, merawat kudis dan ulser.
A. Menyembuhkan Demam
1. Ambil beberapa helai daun beluntas yang masih segar.

Daun Beluntas - medicineisanart.com
2. Kemudian, keringkan daun tadi.
3. Setelah kering, rendamkan ia ke dalam segelas air suam.
4. Anda minumlah air rendaman ini secara perlahan-lahan.
Anda boleh ulangi meminumnya sehingga demam yang dialami beransur pulih.
B. Menyembuhkan Luka, Kudis dan Ulser
1. Ambil beberapa helai daun beluntas yang segar.
2. Tumbuk lumat kesemua daun tadi.
3. Akhir sekali, tampalkan saja daun yang telah lumat tadi pada bahagian yang sakit.
Jika daun tersebut beransur kering, anda boleh gantikan dengan daun yang baru. Ulang semula langkah di atas sehingga anda berasa lega.

Petua Kecutkan Rahim dengan Temu Mangga


Temu mangga atau temu pauh memang banyak kebaikannya untuk penjagaan kesihatan diri anda. Khasiat temu mangga yang akan dikongsikan ini terletak pada ubinya. Rasanya yang agak pedas sikit tapi sedap juga sesuai untuk dijadikan sebagai ulam.
Malah menurut pengamal perubatan tradisional, apabila anda mengamalkannya sebagai ulam dalam menu seharian, ia baik untuk buang angin.

Temu Mangga @ Temu Pauh - kizaherbs.com
Tapi seperti tajuk di atas, fokus kali ini lebih kepada petua kecutkan rahim, kan? Jadi, anda ikuti langkah di bawah jika ingin mengecutkan rahim.
1. Ambil beberapa ulas ubi temu mangga.
2. Kemudian, ambil sedikit air bersih dan kisarkan bersama dengan ubi tadi sampai lumat.
3. Setelah betul-betul lumat, tapiskan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam gelas.
4. Di sini, anda hanya perlukan air atau jusnya saja.
5. Minumlah jus tadi secara perlahan-lahan. Sekiranya anda tak tahan pedas, boleh tambahkan dengan sedikit madu ya.
Sebelum terlupa, amalan meminum jus di atas setiap hari turut berfungsi menyembuhkan demam serta boleh mengurangkan panas badan.
Selamat Mencuba!

Petua atau Ubat Demam Panas?


Ada tak di antara anda yang kena demam panas dalam bulan puasa ni? Jikalau ada, saya nak tambah satu lagi petua demam panas. Bahan yang anda perlukan ialah keman air. Ataupun mungkin ada sesetengah anda yang mengenalinya sebagai setangki. Nama saintifiknya ialah Neptunia Oleracea.

Keman Air- andromeda.cavehill.uwi.edu
Sekarang, ikutilah petua di bawah bagi merawat demam panas tersebut;
1. Ambil beberapa batang pokok keman air termasuk daunnya sekali. :)
2. Bersihkan ia dulu dan rebus sampai mendidih.
3. Bila dah mendidih, anda biarkan ia suam sekejap.
4. Kemudian, tapis dan tuangkan air rebusan keman air tadi ke dalam gelas.
5. Minumlah secara perlahan-lahan ya.
Anda boleh teruskan amalan ini sehingga demam panas yang dialami berkurangan dan beransur sembuh.
Selamat Mencuba!
Petua Sejagat Koleksi Petua Anda Sekeluarga

Petua Sakit Telinga dengan Keman Air

Andai anda perasan, di akhir artikel bertajuk Petua atau Ubat Demam Panas?, saya ada nyatakan bahawa anda boleh gunakan keman air atau setangki untuk merawat sakit telinga.





Keman Air @ Setangki - Photo: S.L. Winterton
Jadi, sekarang ni saya nak kongsilah dengan anda petua tersebut. Caranya tidaklah sesukar mana pun. Anda ikuti saja langkah berikut ya;
1. Ambil beberapa batang pokok keman air.
2. Kemudian, kisarkan pokok tadi dengan menambahkan bersama sedikit air masak.
3. Pastikan anda mengisarnya hingga lumat.
4. Setelah itu, air kisaran tadi akan digunakan sebagai ubat titis.
5. Titiskan saja ia ke dalam lubang telinga anda yang sakit.
Titiskan beberapa kali dalam sehari sampai rasa sakit dalam telinga anda berkurangan. Mudah-mudahan ubat sakit telinga ni mujarab buat anda. :)
Selamat Mencuba!

Petua Sejagat Koleksi Petua Anda Sekeluarga

Cara Menghilangkan Cirit Birit


Mungkin ada di antara anda mengalami cirit birit di bulan puasa ni. Salah satu puncanya mungkin disebabkan oleh keracunan makanan. Maklumlah macam-macam jenis makanan yang dijamah. Ataupun ia juga meungkin berpunca daripada faktor lain?
Baiklah. Walauapapun puncanya, di sini ada satu cara untuk menghilangkan cirit birit. Iaitu dengan menggunakan biji Melada Pahit. Ataupun nama saintifiknya Brucea Amarissina.


Pokok Melada Pahit - agrobiosolution.blogspot.com
Saya dimaklumkan yang ubat cirit birit ini terkenal di kalangan masyarakat Cina. Memang mereka dah lama menggunakannya secara meluas.
Jika anda ingin mencubanya, silalah ikuti langkah berikut;
1. Ambil beberapa biji melada pahit.
2. Keringkan ia terlebih dahulu.
3. Bila dah kering, tumbuk ia sampai lumat.
4. Kemudian, campurkan biji melada pahit yang telah lumat tadi dengan segelas air masak.
5. Kacau agar ia sebati dan minum.
Rasanya memang terlalu pahit. Tapi biasalah kan? Namanya pun ubat. Tentulah pahit. :)

Petua Sejagat Koleksi Petua Anda Sekeluarga

Segarkan Bau Nafas dengan Daun Beluntas

Sepanjang bulan Ramadhan ni, anda yang berpuasa pasti mengalami masalah nafas berbau. Hal ini memang tak dapat dielakkan. Sebagai alternatif, terdapat satu amalan yang boleh anda cuba bagi menyegarkan nafas. Iaitu dengan memanfaatkan khasiat daun beluntas.

Caranya mudah saja. Iaitu anda amalkan memakan daun beluntas secara mentah. Atau dengan kata lain, jadikannya sebagai ulam-ulaman ketika berbuka mahupun bersahur. Anda akan dapati rasanya agak kelat dan berangin.
Selain berfungsi menghilangkan bau nafas, ia turut berkhasiat bagi menghilangkan bau badan serta sebagai penawar sakit tekak.
Sebenarnya, petua ini bukannya khusus untuk bulan puasa saja. Anda boleh amalkannya pada bulan-bulan lain. Sekiranya anda memang sedia ada masalah bau nafas, cubalah petua di atas ya.

Selamat Mencuba!

Petua Sakit Mata dengan Akar Delima

Buah delima atau nama botaninya Punica Granatum diakui amat berkhasiat dan mempunyai banyak keistimewaan. Terutamanya dari sudut kesihatan. Antara khasiat buah delima ini adalah mampu merawat batuk biasa, menguatkan perut, tekak, dada dan paru-paru serta mengubati sakit mata.

Pada kali ini, saya nak fokuskan petua sakit mata dulu. Masalah lain akan saya kongsikan kemudian. :)

Sebenarnya, bahan utama yang anda perlukan ialah akar pokok delima ya. Selepas anda sudah dapatkan akarnya, ikutilah langkah di bawah;

1. Bersihkan dulu bahagian akar delima tadi.
2. Kemudian, rebuskan akarnya sehingga mendidih.
3. Selepas itu, anda biarkan air rebusan itu sejuk atau suam.
4. Akhir sekali, gunakan air rebusan itu untuk mencuci mata anda yang sakit.
Anda boleh amalkan petua ini sehinggalah masalah sakit mata yang dialami berkurangan dan sembuh seperti sediakala. Mudah, kan? Saya yakin anda pasti boleh melakukannya. :)
Selamat Mencuba!

Cara Mudah Merawat Luka Dengan Daun Memali

Mengalami luka sama ada luka kecil mahupun luka besar pada tubuh dah menjadi asam garam dalam kehidupan. Terutamanya ketika berada di zaman kanak-kanak. Jatuh sikit je, mesti luka dan berdarah. Kekadang ada sesetengah luka yang meninggalkan kesan sampailah ke hari ini.
Bila dah luka, kita akan disuruh bersihkan luka tu dan sapu minyak gamat (atau lain-lain jenis) pada tempat yang terluka tadi. Begitulah kebiasaannya, kan?

Tapi, sebenarnya ada satu cara tradisional untuk merawat luka ni, seterusnya menghentikan pendarahan. Caranya agak mudah iaitu dengan menggunakan daun mali-mali(daun memali).

Memula, anda ambillah beberapa helai daun mali-mali dan bersihkannya.
Seandainya mengalami luka kecil, memadai ambil sedikit saja daun tersebut. Ambil sekadar ikut keperluan anda yer. :)
2. Kemudian, anda tumbukkan daun mali-mali ni sampai ia mengeluarkan air. Air yang keluar nanti agak bergetah sedikit.
3. Kemudian, pupukkan ia pada bahagian luka tadi. Biar sehinggalah pendarahan berhenti dengan sendirinya.
Begitulah petua mengenai ubat luka yang boleh anda praktikkan seandainya perkara tersebut terjadi pada diri, keluarga ataupun sesiapa saja yang dikenali.

Selamat Mencuba!
Petikan dari Petua Sejagat Koleksi Petua Anda Sekeluarga

Apa Dia Ubat Demam Campak?

Memandangkan masih ada yang sedang mencari ubat demam campak, apa kata saya kongsikan satu petua berkaitan dengan anda. Kebetulan, saya terbaca petua demam campak ini tak lama dulu dalam suratkhabar. :)

Baiklah, bahan utama yang anda perlukan ialah beras pulut.

Cara-cara mengubatinya pula begini;

1. Ambil segenggam beras pulut.
2. Gorengkan beras pulut tersebut.
3. Masukkan beras pulut goreng tadi ke dalam gelas yang berisi air putih.
4. Kemudian, tutup gelas tersebut. Biarkannya terendam kira-kira dalam 10 minit.
5. Akhir sekali, anda minumlah air tersebut perlahan-lahan.
Amalkan langkah di atas sehinggalah campak anda keluar dan pulih seperti biasa.

Selamat Mencuba!
Petikan dari Petua Sejagat Koleksi Petua Anda Sekeluarga

Petua Hilangkan Parut Cacar dan Rasa Miang

Khusus buat anda yang mengalami penyakit cacar, kini anda boleh cuba hilangkan parut dan rasa miang dengan menggunakan ubi bembang. Ubi bembang (Maranta Arundinacea) agak berbeza dengan ubi biasa. Rasanya agak manis dan berkanji.

Isi ubi bembang ini agak berurat. Ia juga mengandungi banyak kanji dan air. Manakala batangnya pula berselaput atau berkotak-kotak.
Selain itu, daunnya agak lebar dan panjang. Sila lihat imej di bawah sebagai rujukan anda.
Langkah yang perlu anda lakukan untuk hilangkan parut cacar dan rasa miang pada badan adalah seperti berikut;
1. Ambil isi ubi bembang dan bersihkan ia terlebih dulu.
2. Kemudian, parutkan isi ubi bembang.3. Lepas tu, perahkannya sehinggalah mengeluarkan air.
4. Gunakan air tersebut untuk menyapu pada bahagian parut serta kawasan badan yang terasa miang.
Itu saja langkahnya. Saya harap anda yang mengalami penyakit cacar ni dapat mencubanya ya. Jika tak keberatan, sudi-sudikanlah kongsikan hasilnya kelak. :)
Sekian, terima kasih.

Petua Tegangkan Payudara

Payudara atau buah dada merupakan salah satu aset penting buat kaum hawa. Jadi, tak hairanlah sekiranya mereka mengidamkan sepasang buah dada yang tegang dan menarik. Baik daripada anak dara sehinggalah kepada yang telah sah bergelar isteri.

Bagi merealisasikan impian mereka ni, terdapat satu petua tegangkan payudara yang boleh dicuba. Bahan yang perlu anda sediakan adalah beberapa helai daun bunga tanjung.
Manakala di bawah ini pula merupakan salah satu contoh Pokok Bunga Tanjung.
Sekarang, langkah-langkah yang perlu anda lakukan adalah:
1. Bersihkan dahulu daun bunga tanjung yang telah dipetik.
2. Jemurkan ia (pilih tempat yang bersih ya) sampai betul-betul kering.
3. Setelah itu, rebuskan daun kering tersebut dengan segelas minyak kelapa.
4. Bila dah mendidih, biarkan minyak tu sejuk sikit.
5. Seterusnya, tapiskan minyak tadi ke dalam botol kosong yang telah dibersihkan.
6. Kemudian, anda gunakan minyak ini untuk mengurut payudara setiap hari.
Amalkanlah sehingga anda puas hati dengan bentuk atau keadaan payudara yang baru. Mudah-mudahan ia berhasil. :)

Selamat Mencuba!

Petua Suami Isteri: Agar Suami Tahan Lebih Lama?

Memandangkan terdapat pertanyaan mengenai bagaimanakah si suami dapat bertahan lebih lama ketika bersetubuh, saya telah membuat sedikit rujukan untuk perkongsian bersama. Ini kerana, apabila suami pancut terlalu awal, si isteri tentu kecewa giler. Lebih haru lagi, ada pula sesetengah isteri yang tak puas hati lalu mengejek suaminya sendiri.

Waduhhh...waduh! Sampai begitu sekali gamaknya. Hal ini membuatkan si suami hilang keyakinan diri dan "mood" untuk bersama isteri. Kesannya, ia sudah pasti menghakis keutuhan sesebuah rumahtangga, tak gitu?

Jadi, sang suami perlulah lebih proaktif. Anda perlu bijak dalam menahan alat sulit daripada mengeluarkan mani terlalu awal. Ini boleh dicapai dengan memasang niat dan tekad dalam hati bahawa mereka mampu bertahan walaupun sehingga berjam-jam lamanya.

Ya! Langkah pertama yang perlu si suami lakukan adalah memasang niat yang kuat dan bertekad untuk bertahan lama semasa melakukan hubungan bersama isteri.
Seterusnya, barulah si suami boleh berkira-kira untuk menggunakan ramuan tertentu bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Untuk kali ini, saya kongsikan dulu petua mengatasi lemah syahwat.

1. Pertamanya, anda gorengkan jintan hitam tanpa minyak.

Jintan Hitam - ceputelecenter.wordpress.com

2. Setelah itu, anda tumbukkan jintan hitam tadi.
3. Kemudian, ambil segelas air panas.
4. Masukkan satu sudu teh jintan hitam yang telah ditumbuk ke dalam gelas berisi air panas.
5. Seterusnya, masukkan pula satu sudu besar madu asli.

. Sekarang, anda kacaukan semua ramuan di dalam gelas sehinggalah air panas tadi beransur suam.
7. Akhir sekali, anda minum air tersebut dengan perlahan-lahan.
Amalkan petua ini setiap hari. Minumlah sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam.
Baiklah, cukuplah sampai di sini dulu yer. Lain kali saya sambung lagi dengan ramuan pula.
Selamat Mencuba!

Khasiat Daun Belimbing Besi

Buah belimbing besi ni kalau dibuat jus memang sedap dan berkhasiat. Tapi, bab khasiat jus belimbing besi akan saya sentuh kemudian. Sebabnya, saya nak jawab pertanyaan berkaitan petua menghilangkan penyakit kurap dulu. Soalan ini pernah diajukan dalam ruangan komen kat sini beberapa hari lepas.

Buat pengetahuan anda, daun belimbing besi ni boleh dijadikan sebagai ubat kurap. Selain kurap, ia juga boleh mengubati panau, bekas demam campak dan mengatasi rasa sakit kepala.

Proses yang perlu anda lakukan bagi memanfaatkan daun belimbing besi ni adalah;
1. Ambil 4 hingga 5 helai daun belimbing besi.

2. Tumbukkan kesemua daun tadi sampai lumat.
3. Semasa tengah menumbuk daun tersebut, masukkan sedikit asam jawa dan beras.
4. Kemudian, teruskan proses menumbuk kesemua bahan di atas hingga lumat.
5. Bila semua bahan dah lumat, sapukan saja ia pada kawasan tubuh anda yang mengalami panau, kesan demam campak ataupun kurap.
6. Jikalau anda sakit kepala, tampalkan saja bahan campuran tersebut pada bahagian dahi.
Ulangi proses ini sehinggalah penyakit anda sembuh sepenuhnya ya. :)

Petikan dari Petua Sejagat Koleksi Petua Anda Sekeluarga
Related Posts with Thumbnails