PETUA-PETUA (bab 2)

BERAK BERDARAH
Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering (garing). Rebus bersama lima cawan air hingga tinggal satu cawan pekat aiar tebusan itu. Amalkan meminunnya selalu. Insya Allah penyakit anda akan sembuh.

LELAH
Bersihkan dua tangkai bunga belimbing buluh . Masukkan ke dalam bekas tahan panas dan campurkan 5 gm gula batu (lebih kurang besar ibu jari) Masukkan bekas ini ke dalam periuk nasi masak, keluarkan bekas ini dan biarkan sejuk, kemudian berikan pesakit lelah minum air terumata kanak-kanak kurang dari lima tahun dalam bekas itu (lebih elok jika di tapis dahulu) Ulangi amalan ini setiap hari selama seminggu dan lihatlah hasilnya. Insya Allah..

MUNTAH
Muntah biasanya terjadi kerana salah makan atau pada peringkat permulaan mengandung. Untuk mengatasinya buah pelaga ditumbuk halus dan dicampurkan air panas. Kemudian minum. Insya Allah.

HILANGKAN RUAM
Selepas anda mandikan bayi, lapkan tempat beruam itu. Kemudia saputkan minyak zaitun atau minyak kelapa di tempat itu. Lakukan pada setiap kali mandi.

KURAP SUSU
Ambil beberapa biji ubi bemban diparut dan diperah untuk dapatkan airnya. Campurkan air perahan itu bersama sedikit bedak sejuk, kemudian sapukan di tempat berkenaan. Amalkan beberapa hari. Insya Allah kurap itu akan hilang. (Petua ini juga boleh digunakan untuk sebarang jenis ruam).

MENJARANGKAN KELAHIRAN
Ambil Segenggam halba, sedikit halia bara (sebesar ibu jari tangan) di rebus bersama lima gelas air atau lebih (bergantung sama ada ingin air pekat atau cair) Pastikan halba tadi direbus hingga kembang. Setelah air halba sejuk (suak-suam kuku) bolehlah dibuat minuman dua kali sehari (pagi dan malam). Selain menjarangkan anak, air rebusan ini juga berkhasiat untuk perjalanan darah dan menyembuhkan penyakit lenguh-lenguh sendi.

SUPAYA ANAK NYENYAK TIDUR
Cari sebiji buah pala, rebus dan tapis airnya. Berikan anak minum air buah pala itu tiga kali sehari. Mudah-mudahan dia akan terlelap tidur.

LEBAT & CANTIKAN RAMBUT
Terutama bagi wanita cubalah petua ini kerana rambut adalah sebahagian dari mahkota wanita. Pokok pisang yang ditebang akan meninggalkan tunggul yang tertanam di dalam tanah. Lubangkan tunggul batang pisang ini. Keesaokkan harinya lubang tunggul itu akan dipenuhi air yang amat sejuk. Sapukan air tersebtu ke kepala anda setiap hari. InsyaAllah dalam masa yang tidak lama, rambut anda akan menjadi sihat dan berseri.

BATUK
Ambil sebiji pisang embun yang masak. Belah menjadi dua bahagian, di tengahnya ditabur ragi yang telah dijadikan serbuk anggaran setengah sudu teh, tutup dan bakarlah hingga pisang setengah masak. Makanlah pisang bakar ini sebelum masuk tidur. Lakukan selama tiga malam berturut-turut. Insya Allah batuk anda akan beransur hilang.

RAMBUT JARANG
Ambil telur udang dan gosokkan pada kulit kepala anda. Keesokkan harinya baru dibasuh. Lakukan selalu, hasilnya pasti rambut anda bertambah lebat.

HILANGKAN JERAWAT
Ambil anggaran 9 helai daun bunga melati, dicuci hingga bersih. Kemudian tumbuklah daun tadi hingga lumat. Ambil daun yang sudah ditumbuk tadi dan sapulah pada muka yang berjerawar. Lakukan ini terus menerus hingga jerawat betul-betul hilang. InsyaAllah, selamat mencuba.
TAWARKAN IKAN MASIN
Sebelum anda memasak atau menggoreng ikan masih ini, terlebih dahulu hendaklah direndamkan dalam air selama lebih kurang 10 minit. Setelah itu boleh dimasak mengikut citarasa anda.

TAWARKAN BISA KALA JENGKING
Ambil cili api yang sudah ditumbuk halus, campurkan dengan sedikit minyak dan tampalkan pada tempat yang terkena sengat itu. Balutkan dengan kain bersih. Pada mulanya memang tiada terasa apa-apa kecuali rasa panas. Tetapi selepas 5 minit, rasa sakit akan berkurangan. Biarkan lebih kurang 15 minit dan rasa sakit akan hilang terus.

PENYAKIT KULIT PADA BAYI
  1. Bayi menderita penyakit kulit (ruam radang kulit) mesti dijauhakn dari binatang peliharaan, gebar, permaidani, boneka atau mainan yang dibuat dari bahan bulu. Begitu juga dengan bulu dan debu yang melekat pada pakaian.
  2. Jauhi bayi dari makanan yang dibuat dari tepung terigu, air limah cokelat dan ikan. Mintalah nasihat doktor pakar makanan bayi
  3. Jangan memandikan bayi dengan sabun . Sebaliknya mandikan bayi selama 30 minit dengan air suam-suam kuku. Campurkan satu sudu tepung jagung ke dalam air suam yang berjumlah 5 liter kacau hingga larut, dengan ini akan menghaluskan kulit bayi.
  4. Bilas bersih-bersih napkin dan pakaian bayi setelah dibasuh dengan sabun mandi, elakkan membasuh pakaian bayi dengan sabun serbuk.
  5. Untuk membersih kulit bayi, gunakan krim khas pembersih kulit bayi sebagai pengganti sabun. Setelah dibersihkan, sapu badan bayi dengan air mawar atau ubat sapu hidrofilik petrolatum yang boleh didapati difarmasi
  6. Dalam keadaan ruam yang parah atau ruam yang datang semula. Gunakan ubat sapu kortikosteroid, setelah mendapat nasihat atau petunjuk dari doktor..

LUKA

Ambillah lebih kurang sepuluh helai daun jambu batu dan basuh hingga bersih. Kemudian dikeringkan dengan menggunakan kain bersih. Layurkan daun jambu batu itu di api hingga kering dan rapuh. Selepas itu ditumbuk atau dilumatkan hingga menjadi serbuk. Letakkan serbuk daun jambu batu ini pada luka tersebut.

SAKIT PERUT

Ambikan dua genggam buah enai, sedikit gula dan satu gelas air untuk merebusnya. Buah enau tadi dikupas kulitnya dan direbus hingga masak. Makanlah rebusan buah itu secara teratur selama beberapa hari. Anda akan mendapat manfaatnya.

JERAWAT 2

Bilaslah dahulu muka anda dengan air bersih lalu kemudian bilas pula dengan air kelapa 1 - 2 kali. Kemudian bilas lagi dengan air bersih. Lakukan dalam beberapa hari. Insya Allah, anda akan bebas dari jerawat.

SAWAN DI KEPALA

Sekiranya bayi yang berusia sebulan ke atas mengalami kulit kepala berkudis serta mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Ambil tiga helai daun pandan, tiga helai daun serai dan sedikit air. Bahan-bahan ini direbus hingga asam gelugur menjadi kembang. Setelah air panas suam, mandikan bayi dengan air rebusan ini di bahagian kepala. Lakukan setiap kali memandikan si bayi.

SAKIT GIGI

Sediakan ibu (garam kasar), daun senduduk dan enam keping asam keping. Semua bahan ini direbus dengan lima cawan air hingga menjadi dua cawan . Setelah itu berkumurlah dengan air rebusan ini.

BERNANAH

Bersihkanlah terlebih dajulu kuku tersebut dengan air panas suam yang sudah dicampur sedikit garam. Kemudian sediakan satu sudu cuka makan lalu disiramkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulangkali selama seminggu. InsyaAllah anda akan melihat perubahannya..

JERAWAT 3

Amalkan menyapu minyak sapi seluruh muka setiap hari. Walaupun baunya kurang menyenangkan tetapi anda akan berpuas hati dengan hasilnya di mana muka anda akan licin dan berseri. Insya Allah.

BADAN WANITA BERBAU

Masalah yang dihadapi oleh kaum wanita ini boleh diatasi dengan mengamalkan memakan daun temangi sebagai ulam dan hasilnya bau badan akan hilang.

KULIT MUKA KERING

Untuk mengatasi tompok-tompok putih di kulit muka akibat cuaca panas ialah dengan membersihkan muka dengan air panas sua. Setelah itu sapukan madu yang sudah dimasak dan menjadi panas suam pada kulit muka dengan menggunakan jari tangan. Picitlah perlahan-lahan supaya meresap dan biarkan lebih kurang setengah jam. Kemudian bersihkan dengan air panas suam dan bilas pula dengan air. Amalkanlah selalu.

BATUK BERPANJANGAN

Ambil sebiji bawang merah dan dilumatkan. Setelah itu campurkan dengan satu sudu madu. Minumlah tiga kali sehari. Semalamt mencuba, semoga batuk anda segera sembuh.

MATA MERAH DAN GATAL

Ambilkan tiga helai daun sirih dan rebus dengan dua gelas air. Setelah air rebusan menjadi panas suam, tuangkan ke dalam piring lalu rendamkan mata anda ke dalam piring itu. Insya Allah, mata anda akan pulih seperti sediakala.

Nuk ka komente:

Related Posts with Thumbnails