Lelaki + RM: KAD KREDIT - Gaya @ Hutang
Oleh: Irfan Khairi, Jutawan Muda Internet Malaysia
Kad kredit- memudahkan atau membebankan? Sering kali kita dengar kad kredit memudahkan kita dalam berbelanja- tidak perlu membawa cash merata-rata. Tak kurang juga rungutan yang kita dengar bahawa kad kredit membawa beban apabila ia memudahkan sangat perbelanjaan, sehingga kita tidak dapat mengawal belian melalui kad kredit... hutang pun bertambah keliling pinggang.
Kad kredit dicipta pada tahun 1950 di mana Frank McNamara telah mencipta sebuah kad "hutang" untuk membayar bill restoran. Kad tersebut dikenali sebagai Diner's Card. Beberapa tahun kemudian, berbagai-bagai kad kredit digunakan di pasaran termasuk American Express, Mastercard dan juga VISA untuk pelbagai kegunaan. Penggunaan kad hutang ini menjadi amat popular dan industri kad kredit berkembang dengan pesatnya.
TIPS MENGGUNAKAN KAD KREDIT (Bahagian 1)
Tips 1:
Jangan menganggap kad kredit sama seperti wang tunai. Anggap kad kredit sebagai hutang. Setiap kali anda menggunakan kad kredit, anda menambahkan hutang anda. Hanya gunakan kad kredit apabila anda mempunyai wang tunai simpanan untuk melangsaikan hutang tersebut. Anggap kad kredit sebagai kad hutang yang anda perlu langsaikan dalam masa 30 hari
Tips 2:
Jikalau anda ingin menambah accessory kepada kereta anda, usah gunakan kad kredit jika anda tidak mempunyai simpanan untuk pembayaran balik dalam masa 30 hari. Ianya hanya akan memudaratkan anda oleh kerana interest yang dikenakan adalah tinggi berbanding dengan pinjaman-pinjaman lain seperti pinjaman belian kereta anda sendiri.
Tips 3:
Pastikan anda sentiasa mengetahui baki kad kredit anda. Walaupun anda ianya menggunakan sedikit di sini, dan sedikit di sana, patah orang tua berbunyi; sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Jangan tertawan dengan godaan membeli perkakas untuk bergaya menggunakan kad kredit- baju baru, kasut baru, seluar baru, handphone baru. Apabila membayar menggunakan kad kredit, anda tidak nampak wang tunai yang menjadi pertukaran. Ini akan mengakibat kan kita lupa tentang perbelanjaan kita. Sedar-sedar, hutang bertambah keliling pinggang.Oleh itu, pastikan anda sentiasa mengetahui jumlah penggunaannya pada tiap-tiap belian dan pastikan anda mampu membayar jumlahnya dalam masa 30 hari.
Tips 4:
Simpan kesemua resit belian kad kredit anda. Di akhir bulan, semakkannya bersama bil bulanan yang anda terima. Pastikan jikalau terdapat apa jua kesilapan, anda menghubungi syarikat kad kredit anda serta merta. Kesilapan caj boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja. Lebih teruk lagi, mungkin terdapat penyelewengan kad kredit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Anda tidak terkecuali dari menjadi mangsa. Oleh itu, pastikan anda menyemak bil bulanan anda.
bersambung.. ...
Disampaikan oleh : Pengurus Ideal Enterprise
Buah Morinda citrifolia (Mengkudu): Manfaat Kesihatan dan Kajian Terkini
-
Morinda citrifolia, atau lebih dikenali sebagai buah mengkudu, adalah
tumbuhan tropika yang telah lama digunakan
2 muaj më parë
Nuk ka komente:
Posto një koment