KAD CREDIT - 2

TIPS MENGGUNAKAN KAD KREDIT (Bahagian 2)
Oleh: Irfan Khairi, Jutawan Muda Internet Malaysia

Tips 5:
Langsaikan bayaran kad kredit anda secepat mungkin. Lebih lama anda melangsaikan hutang kad kredit anda, lebih banyak interest yang anda perlu bayar untuk menampung hutang tersebut- ini akan menyukarkan pembayaran balik kad kredit anda. Ramai tersalah anggap bahawa jikalau mereka membayar "minimum payment" pada bil bulanan, interest tidak akan di kenakan. Tanggapan ini adalah salah oleh kerana, interest masih akan dikenakan. Cuma, jikalau anda tidak membayar "minimum payment", anda akan dikenakan denda- ini akan menambahkan lagi hutang anda! Langkah yang lebih bijak adalah untuk melangsaikan kesemua hutang kad kredit anda setiap bulan.

Tips 6:
Pastikan kad kredit anda mempunyai interest rate yang rendah. Terdapat berbagai-bagai institusi menyediakan perkhidmatan kad kredit- cari yang memberi interest yang paling rendah. Jikalau anda sudah mempunyai kad kredit dan mendapati institusi lain memberi interest yang lebih rendah, anda boleh melakukan penukaran perkhidmatan kad kredit tersebut.

Tips 7:
Kebiasaan institusi akan mempromosikan interest yang rendah untuk beberapa bulan permulaan untuk menarik pelanggan. Pastikan anda tidak terjerat dengan promosi sebegini oleh kerana anda perlu mempertimbangkan juga interest yang sebenar selepas tamat tempoh permualaan ini.

Tips 8:
Usah memiliki beberapa kad kredit sekali gus. Ini akan menyebabkan anda lebih giat berbelanja. Hanya satu kad kredit sudah mencukupi. Jikalau anda mempunyai 3 kad kredit dari institusi yang berlainan yang memberi limit pinjaman RM5,000 setiap satu, anda akan menjadi rambang mata oleh kerana anda mempunyai RM15,000 yang boleh di belanjakan!

************ ********* ********* ********* ********* *******

Jikalau anda mempunyai masalah berbelanja lebih dari apa yang anda mampu melalui kad kredit, teknik berkesan anda boleh lakukan adalah, potong kad kredit anda yang lain dan hanya simpan satu sahaja. Hentikan perkhidmatan dan langsaikan hutang-hutang kad kredit yang lain dan teruskan hidup anda dengan hanya satu kad kredit sahaja.

Kad kredit merupakan suatu kemudahan untuk membuat bayaran, sebagai contoh, gunakan kad kredit sebagai alternatif kepada wang tunai. Ianya lebih selamat untuk anda membawa sekeping kad kredit untuk membeli handphone RM3,000 dari pada membawa wang tunai RM3,000 dalam dompet anda! Ia juga amat berguna seandainya terdapat kecemasan dan anda tidak mempunyai wang tunai. Sering kali kita boleh menganggap kad kredit kita sebagai insurans seandainya terdapat kecemasa. Namun begitu, penggunaan kad kredit yang tidak di jaga akan mengakibatkan pembelian melalui kad kredit sewenang-wenangnya dan cuma bil kad kredit di hujung bulan akan menjadi beban kepada anda.

Disampaikan oleh: Pengurus Ideal Enterprise

Nuk ka komente:

Related Posts with Thumbnails